13 Februari 2015 - 04:17
Yaman; Azan Syiah disiarkan secara rasmi

Azan Syiah buat pertama kalinya disiarkan secara rasmi dalam televisyen Yaman

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sebuah portal berita Arab memaklumkan azan Syiah telah disiarkan secara rasmi dalam televisyen Yaman.

Selain itu terdapat gambar tersebar dalam laman sosial yang menunjukkan penyiaran azan Syiah buat pertama kali di negara tersebut.

Gerakan Ansarullah yang berkait rapat dengan puak Houthi sebelum ini berjaya menakluki stesyen televisyen kerajaan di Sanaa.

Berita al-Sabi' dari mesir turut mengesahkan penyiaran tersebut dan melaporkan bahawa perbezaan azan Syiah dan Sunni ialah, azan Sunni telah menghapuskan "Hayya Ala Khairul Amal" di dalam ungkapannya.

Selain itu, pemimpin puak gerakan al-Houthi Sayid Abdul Malik semalam berkata, "Revolusi Yaman tidak terbatas dengan negara ini semata-mata, bahkan ia menerangkan pergolakan, kesusahan dan tuntutan seluruh bangsa Yaman; matlamat revolusi Yaman bukanlah merealisasikan pencapaian sebuah bangsa sahaja."

Sambil menjelaskan perlembagaan negara menjadi sebuah kesepakatan yang penting, beliau berkata, "Revolusi Yaman tidak akan memencilkan mana-mana kumpulan."

Hingga kini rundingan politik yang diketuai deligasi PBB, Jamal bin Umar masih berlangsung di Sanaa.